Saturday, July 16, 2011

Tuesday, August 24, 2010

Monday, August 2, 2010

Resepi Biskut Raya Nanuha Dalam Majalah Mingguan Wanita

Alhamdulillah, baru2 ini wartawan Majalah Mingguan Wanita, Nisa, telah berkunjung ke Nanuha Bakery utk mengambil gambar2 biskut raya Nanuha. Pada kali ini, biskut raya Nanuha bertemakan bijirin, di mana setiap biskut berasaskan bijirin yg sgt baik dan berkhasiat untuk kita.

Untuk mendapatkan resepi tersebut, jgn lupa dapatkan Majalah Mingguan Wanita edisi Aidilfitri tahun 2010 yg bakal berada di pasaran mulai bulan ramadhan ini..

Jutaan terima kasih diucapkan kepada pihak Majalah Mingguan Wanita dan wartawan, serta jurufoto yg sudi berkunjung ke Nanuha Bakery..

berikut adalah video yg sempat dirakam semasa proses mengambil gambar biskut..

Wednesday, July 28, 2010

Tempahan Biskut Raya Nanuha kini dibuka





Terima kasih kpd semua yg sudi mengunjungi blog Nanuha Bakery..
Alhamdulillah, kami sedang rancak membuat biskut raya. Kepada anda yg ingin menempah biskut raya, bolehlah berbuat demikian dgn menelefon kami di talian 0132632991.
Untuk mendapatkan resepi biskut raya berasaskan bijirin Nanuha, dapatkan majalah Mingguan Wanita Edisi Aidilfitri yang bakal menjengah di pasaran pada awal Ramadhan ini..
Nanuha Enterprise mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Almubarak..

Untuk melihat lebih banyak gambar2 biskut raya sila klik link ini http://nanuhafotografi.blogspot.com/2010/07/gambar-biskut-raya-nanuha.html

Monday, October 12, 2009

ASAL USUL NAMA NANUHA

NANUHA MERUPAKAN SEBUAH PERNIAGAAN KELUARGA. NAMA NANUHA DIAMBIL DARIPADA NAMA ADIK BERADIK KAMI IAITU: NA (NADHRATUN.NAEMMAH) NU (NURUL YAQIN) HA (HAFIZ) DAN DIGABUNGKAN MENJADI NANUHA. PERNIAGAAN BERMULA DGN MEMBUAT BISKUT RAYA. WARISAN DARIPADA IBU YG SUDAH LAMA BERKECIMPUNG DALAM BIDANG BAKERY.




Jualan Biskut Raya Tahun 2009

Tahun ini jualan biskut raya agak muram sedikit jualannya berbanding tahun2 yang lepas. Hakikat ini turut dirasai oleh rakan2 niaga yang lain. Ada antara rakan niaga saya yang berbaki 40 kotak biskut raya tidak terjual, walaupun telah diturunkan harga serendah rm5 sebekas. Namun itu semua adalah lumrah perniagaan, adakalanya untung dan adakalanya mengalami kerugiaan. Tetapi bagi Nanuha Bakery, Alhamdulillah, permintaan terhadap biskut kami sama seperti tahun2 yang lepas. Terima kasih kami ucapkan kepada pelanggan setia kami.

Saturday, September 12, 2009

Dapatkan Kerongsang dari Korea

Dapatkan kerongsang bermutu tinggi buatan Korea. Utk melihat gambar2 kerongsang, sila klik link yg diberikan.. http://www.facebook.com/album.php?aid=2014518&id=1572995441&l=2c9212a713

Tuesday, September 8, 2009

Biskut Raya Nanuha

Biskut Raaaaaayaaaa siappp....
Biskut Kuantiti Harga Kuantiti Harga
Samprit 50biji RM12 100biji RM20
Mazola 50biji RM17 100biji RM30
Cornflakes 50biji RM19 100biji RM34
Coklat Chips 50biji RM20 100biji RM35
Tart Nenas 50biji RM23 100biji RM42
African Beauty 50biji RM22 100biji RM40
Almond London 50biji RM25 100biji RM45







Wednesday, August 26, 2009

Nanuha sedang rancak membuat biskut raya

Nanuha sedang rancak membuat biskut raya utk tahun ni...
Alhamdulillah, tempahan setakat ni amat memberangsangkan...
tempahan dari guru2 SK Kepong, guru2 SK La Salle Jinjang dan lain2..
Sebahagian telah dihantar ke kedai runcit Nurhayati, di Sg Penchala.
Berikut adalah tempahan dari seorang anak Dato' di Sg. Penchala.
sebanyak 40 balang...

Friday, July 31, 2009

Produk Nanuha Bulan Julai 2009

Berikut adalah sebahagian produk-produk yang dikeluarkan sepanjang bulan Julai 2009





Monday, July 27, 2009

Nanuha Dalam Majalah Jutawan

Alhamdulillah, selepas cerita mengenai penubuhan Nanuha telah berjaya disiarkan di TV1 menerusi rancangan Apa Kata Wanita, kini anda boleh membacanya pula dalam majalah terbaru keluaran sulung edisi Ogos 2009 yang menceritakan tentang usahawan-usahawan ternama, terbitan syarikat DCL. Sesuai dengan motto majalah Jutawan ini, iaitu "Wadah Informasi Usahawan", majalah ini menampilkan pelbagai cerita menarik mengenai individu-individu yang dahulunya hidup susah, ibarat kais pagi makan pagi kais petang makan petang, namun dengan berkat usaha dan semangat yang tinggi, mereka mampu untuk bergelar jutawan. Namun begitu, Nanuha bukanlah antara jutawan yang dimaksudkan, bahkan masih lagi bertatih dalam bidang ini, insyaallah suatu hari nanti akan menuju ke arah itu. Berikut beberapa gambar yang dipaparkan dalam majalah tersebut. Jutaan terima kasih dihulurkan kepada pihak majalah Jutawan yang sudi menyiarkan cerita tentang Nanuha. Tajuk - Impian Nadhratun Buka Kedai Kek Tercapai, di muka surat 64.

Cover Majalah JUTAWAN - Wadah Informasi Usahawan -

Kandungan majalah


Cerita tentang Nanuha di muka saurat 64



Sunday, July 12, 2009

Semasa Siaran Langsung Apa Kata Wanita

Alhamdulillah, dengan izin tuhan dan doa anda semua, Nanuha Bakery berjaya muncul di kaca TV1 pada 12 Julai 2009... Semoga ianya dapat memberi sedikit sebanyak pengenalan tentang Nanuha Bakery kepada semua masyarakat dalam usaha memperkenalkan satu lagi jenama produk halal keluaran bumiputera muslim di Malaysia khususnya. Kepada yang terlepas menonton pada 12 Julai, anda boleh menonton pada 14 Julai 2009 Jam 12.15 tghari di TV1.


Pemilik Nanuha Bakery sempat bergambar dengan Pengacara AKW, Zamzarina sejurus siaran tamat.

Kepada yang terlepas menyaksikan Apa Kata Wanita pada 12 Julai, anda boleh klik link yang disertakan ini untuk menyaksikannya http://link.brightcove.com/services/player/bcpid23654539001?bclid=23582278001&bctid=29186021001

Rakaman Amatur di TV

Doorgift untuk Tetamu Studio Apa Kata Wanita TV1

Doorgift dari Nanuha Bakery untuk semua tetamu studio yang datang ke siaran langsung Apa Kata Wanita pada 12 Julai 2009

Hadiah Istimewa Utk Tetamu Jemputan
Cake Cup Nanuha Untuk Semua Tetamu Studio




Monday, July 6, 2009

Nanuha @ RTM TV1 pd 12 Julai 2009

Saksikan Rancangan Apa Kata Wanita- Segmen Bekerja Dari Rumah - pada 12 Julai 2009 (Ahad) Jam 10.05 pagi di TV1. Liputan AKW di Nanuha Bakery...
Siaran ulangan pada hari Selasa 14 Julai 2009, Jam 12.00 tgh. Jgn lupa saksikannya... untuk melihat TV1 di pc anda, klik link ini http://www.rtm.gov.my/streaming/tv1live.php?lang=eng
Penonton yang hadir ke studio akan diberikan ole-ole dari Nanuha Bakery.
Terima kasih atas sokongan anda semua.

Saturday, June 27, 2009

Kek Nanuha (Jun 2009)





































Thursday, June 18, 2009

Temui Upin & Ipin Original @ Nanuha




Jika anda ingin menemui Upin & Ipin yang Live @ Original, anda boleh berkunjung ke Nanuha Bakery. Pelbagai keletah dan gaya akan dipersembahkan untuk anda..

Friday, June 5, 2009

Nanuha Bakery menitikberatkan aspek kebersihan dalam penyediaan produk




"Setiap hati yang bersih berpunca dari makanan yang bersih".


Dalam penyediaan produk-produk Nanuha, kami amat menjaga kebersihan bukan sahaja dari aspek luaran, tetapi kami juga memastikan ianya suci dan bersih menurut syara'. Setiap bahan yang kami gunakan seperti telur kami pastikan ianya dibasuh satu persatu terlebih dahulu sebelum digunakan untuk memastikan produk kami bersih dari najis. Kenapa telur perlu dibasuh sebelum digunakan? kerana tempat keluar telur ayam itu kebiasaanya terdapat najis ayam, dan sekiranya dilihat dengan mata kasar, telur tersebut nampak bersih, tetapi hakikatnya terdapat najis. Di sini kebanyakan orang tidak mengambil berat, bahkan kadang-kadang tidak tahu bahawa ia adalah najis. Jika kita perhatikan ramai pengusaha makanan yang tidak membasuh telur sebelum digunakan seperti pengusaha murtabak, roti canai dan lain-lain produk yang menggunakan telur. Cuba anda bayangkan bagaimana seorang penebar roti canai yang memegang telur yang mempunyai najis, kemudian menebar roti canai dalam keadaan tangannya telah terpegang najis, dan sudah pasti najis tersebut tersebar kepada semua roti canai yang ditebarnya. Oleh itu sebagai seorang muslim yang menitikberatkan soal makanan halal dan suci harus memilih makanan yang bersih lagi suci dari segi syara', jika kita hendak membeli sesuatu produk, fikir-fikirlah dahulu, lebih-lebih lagi produk yang disediakan oleh orang bukan Islam yang langsung tidak tahu menahu tentang aspek kesucian mengikut syara'. Dengan membeli produk Nanuha Bakery, anda tidak perlu risau dan bimbang, kami amat menjaga kebersihan dan kesucian mengikut syara'. Sokonglah produk halal keluaran bumitera yang menjaga kebersihan dan kesucian mengikut syara'. Kerana setiap makanan yang kita makan akan menjadi darah daging kita, sekiranya kita makan makanan yang tidak halal atau tidak suci akan menyebabkan hati kita menjadi kotor dan akan menjadi bahan bakar api neraka, wal 'iya zu billah... Maksud Sabda Rasulullah s.a.w: "Setiap daging yang tumbuh dari yang haram, maka nerakalah yang lebih layak baginya"... Fikir-fikirkan dan renung-renungkan.... selamat beramal...


Tuesday, June 2, 2009

Produk-produk Nanuha

Bun Kacang Merah
Bun Cheese
Dadih Kek Cup Coffee
Kek Moist Kukus
Coconut Jelly
Bun Sardin & Kaya

Video